PerkhidmatanInfrastrukturInfostrukturUntuk Pengguna UiTM

E-Mel UiTM

UiTM menggunakan e-mel Google sebagai e-mel rasmi. Setiap staf UiTM diberikan satu akaun e-mel. Satu akaun e-mel juga diperuntukkan kepada setiap PTJ. Jika perlu kemudahan e-mel tambahan, sila gunakan e-mel Office 365. Sila hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan melalui url units.uitm.edu.my

FAQ

Komputer Sewaan

Komputer Sewaan merupakan satu perolehan perkhidmatan yang melibatkan peralatan komputer di mana pengguna dapat menggunakan komputer sewa di UiTM. Pembekal bertanggungjawab membekalkan komputer dan memastikan komputer sentiasa boleh digunakan selama tempoh sewaan yang ditetapkan. Setiap PTJ perlu membuat perancangan komputer sewaan di PTJ masing-masing. Aduan kerosakan komputer sewa : https://units.uitm.edu.my/

FAQ

Kad UiTM

Kad UiTM ini juga adalah merupakan identiti kepada warga UiTM. Staf dan pelajar yang tidak aktif atau telah tamat perkhidmatan di UiTM tidak dibenarkan membuat kad ini. Sahsiah Mahasiswa digunapakai untuk membuat kad.

FAQ

Infra Web & Tele-Sidang

Secara ringkasnya tele-sidang membolehkan komunikasi secara bersemuka (face-to-face) berlaku diantara manusia di seluruh dunia daripada berbagai lokasi. Penggunaan teknologi ini membolehkan e-mesyuarat serta pengajaran secara jarak jauh berlaku. Manakala, infra web pula adalah kemudahan tapak hosting yang disediakan oleh pihak Infostruktur kepada PTJ yang layak.

FAQ

Geran Perkakasan ICT

Geran Perkakasan ICT disediakan adalah bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan kos pengurusan dan operasi Universiti Teknologi MARA. Geran ini diberi kepada semua Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 ke atas. Geran Perkakasan ICT boleh dimohon dalam sistem : https://units.uitm.edu.my (Menu Grant)

FAQ

Pusat Data

Tujuan utama Unit Pusat Data diwujudkan adalah untuk memastikan kelancaran operasi pusat data universiti dengan masa 'down - time' yang minima dan menguruskan insiden pemulihan bencana untuk aplikasi / sistem maklumat universiti di Kampus Induk UiTM Shah Alam.

FAQ

Perisian Komputer

UiTM dan KPM telah menyediakan perisian gunasama yang diperlukan untuk kegunaan akademik dan pentadbiran. Sila hubungi kami melalui  capaian url https://bsu.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan perisian yang diperlukan.

FAQ

Rangkaian

Dalam memastikan kelancaran perkhidmatan dalam sistem rangkaian UiTM, unit rangkaian akan memantau setiap permasalahan yang timbul akan segera di selesaikan. Unit Rangkaian juga menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh first level support.

FAQ

Pembangunan Sistem

Pembangunan sistem merangkumi tiga (3) skop perkhidmatan utama iaitu pengautomasian proses kerja melalui pembangunan sistem & aplikasi, integrasi sistem dan pengurusan pangkalan data. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara projek mengikut skop, tempoh dan spesifikasi keperluan yang dipersetujui melalui kaedah yang sesuai dan amalan terbaik. Sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan akan diselenggarakan secara dalaman bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan universiti berjalan lancar.

FAQ

Facilities Management System

Sistem Fasiliti ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna seluruh UiTM untuk membuat sebarang aduan berkaitan fasiliti.

FAQ

Sistem MyphoneBill

Sistem Pengesahan Bil Telefon Secara Online. Setiap pengguna yang mempunyai nombor extension di UiTM perlu berdaftar dengan Sistem Myphonebill untuk membolehkan bil telefon disahkan secara online.

FAQ

Sistem Pengurusan Majlis

Sistem pengurusan majlis ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna untuk membuat tempahan bagi majlis yang diadakan dalam UiTM.

FAQ

Sistem MyphoneLine

Sistem Permohonan Talian Telefon Secara Online. Permohonan secara online untuk talian baru, sementara, pemindahan, penukaran kategori, penukaran penama dan penamatan talian telefon.

FAQ

Sistem Parkiran Berpalang

Bahagian Telekomunikasi Pejabat Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama Jabatan Infostruktur telah menyediakan satu sistem secara online untuk Pendaftaran Akses ke Sistem Parkiran Berpalang UiTM Shah Alam.

FAQ

Fleet Management System

Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pemandu melaporkan aduan kerosakan kenderaan kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti bagi membolehkan staf Unit Bengkel yang berkenaan bertindak segera untuk menyelesaikan kerosakan yang dilaporkan.

FAQ

Sistem Portal Pengurusan Fasiliti

Sistem portal ini bertujuan untuk memudahkan pengguna melaporkan sebarang aduan yang melibatkan Pengurusan Fasiliti bagi membolehkan kakitangan bertindak segera untuk menyelesaikan masalah yang dilaporkan.

FAQ

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my