Pembangunan Sistem

Pembangunan sistem merangkumi tiga (3) skop perkhidmatan utama iaitu pengautomasian proses kerja melalui pembangunan sistem & aplikasi, integrasi sistem dan pengurusan pangkalan data. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara projek mengikut skop, tempoh dan spesifikasi keperluan yang dipersetujui melalui kaedah yang sesuai dan amalan terbaik. Sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan akan diselenggarakan secara dalaman bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan universiti berjalan lancar.
Pembangunan Sistem
Pembangunan sistem dan aplikasi merupakan perkhidmatan utama yang disediakan untuk pengautomasian proses kerja yang dikendalikan oleh PTJ. Kerja-kerja pengautomasian ini dilaksanakan melalui beberapa kaedah sama ada secara penyumberan dalaman (in-house), joint-venture atau outsourced. Sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan akan di selenggara dan ditambah baik mengikut keperluan supaya dapat memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholder).

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini ?

Pusat Tanggung Jawab (Fakulti, Jabatan, Cawangan) boleh membuat permohonan untuk khidmat pembangunan sistem dan aplikasi bagi tujuan pengautomasian proses kerja.

Kategori perkhidmatan merangkumi :
  1. Pembangunan sistem baharu yang belum terdapat di Universiti.
  2. Penambahbaikan sistem sedia ada yang melibatkan perubahan proses, data, antaramuka dan sebagainya.
  3. Pembangunan modul baharu bagi perluasan skop sistem sedia ada.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?

Semua permohonan baharu perlu dibuat melalui surat permohonan kepada Pengarah Pengurusan ICT, Jabatan Infostruktur lengkap dengan SOP asas/carta aliran proses bisnes yang perlu diautomasikan. Permohonan ini akan disemak dan dimajukan kepada Mesyuarat Pengurusan Projek ICT, Jabatan Infostruktur sama ada diluluskan atau tidak. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat di talian 03-55437931 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my