Infra Web & Tele-Sidang
Secara ringkasnya sidang video membolehkan komunikasi secara bersemuka (face-to-face) berlaku diantara manusia di seluruh dunia daripada berbagai lokasi. Misalnya sekumpulan pekerja bermesyuarat tentang sesuatu perkara dan mempersembahkan agenda masing-masing melalui bantuan televisyen dan juga kamera khas. Secara ringkas Data Conferencing membenarkan individu yang berlainan daripada lokasi berbeza bekerja dan melihat pada informasi dan aplikasi yang sama. Contohnya seorang pereka di Kuala Lumpur mempersembahkan hasil kerja seninya kepada rakan niaga di Singapura dan mereka berbincang dan boleh membuat pengubahsuaian kepada hasil kerja seni tersebut secara masa nyata (real time).
Penggunaan teknologi ini juga membolehkan e-mesyuarat serta pengajaran secara jarak jauh berlaku. Projek video streaming melibatkan 12 kampus cawangan di seluruh Malaysia dan 6 bahagian di Shah Alam termasuk kampus Puncak Alam. Kesemua yang terlibat akan menerima satu set peralatan video conference yang terdiri daripada component Codec, TV LCD 42” dan rak khas untuk meletakan kesemua alatan video conference. Peralatan ini adalah mobile dengan troly yang boleh di gerakan. Peralatan ini akan di tempatkan di bilik Pengarah Kampus Cawangan dan boleh juga di gunakan di bilik menyuarat mini jika ada keperluan untuk bermesyuarat. Setiap pengarah kampus dan juga pegawai pengurusan tertinggi juga akan di bekalkan dengan set perisian Video conference on the laptop, yang akan di pasangkan pada laptop setiap pengarah kampus. Ini bagi membolehkan mereka di hubungi atau menghubungi pusat mesyuarat jika di perlukan.
Selaras dengan perkembangan teknologi dan sistem rangkaian yang lebih baik, UiTM menyediakan satu lagi perkhidmatan iaitu Video Streaming. Ini adalah untuk faedah semua komuniti yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Projek Video streaming ini melibatkan beberapa komponen lain iaitu :-
- Kemudahan Sidang Video
- Kemudahan e-Mesyuarat
- Kemudahan Live Streaming
- Kemudahan Video On Demand
- Kemudahan Infra untuk Pembalajaran jarak jauh/pembelajaran secara maya