Pengenalan UiTM Green Centre
Mengenali UiTM Green Centre di Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur
Penubuhan UiTM Green Centre adalah selari dengan perancangan strategik UiTM 2020-2025 di bawah Strategik Tema 8 (Kampus Pintar) bagi mendokong agenda kelestarian di peringkat universiti, masyarakat dan seterusnya peringkat global. Penubuhan pusat ini akan memfokuskan kepada:
- Mengkoordinasi kesemua inisiatif, aktiviti dan inovasi ke arah satu pembentukan ekosistem kampus lestari hijau UiTM yang holistik.
- Mengintegrasi kesemua bidang kepakaran kelestarian melalui Expert Task Force
- Menjadi hab pengumpulan, menganalisa dan melaporkan ‘big data’ kelestarian bagi pelbagai tujuan termasuk penarafan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Memastikan perancangan dan perlaksanaan inisiatif, program, aktiviti dan inovasi kelestarian lebih sistematik dan berimpak.
- Meningkatkan kesedaran dan ketampakan program-program kelestarian melalui pemahaman isu-isu semasa, perkongsian maklumat dan pendidikan secara berterusan.
Untuk mengenali kami dengan lebih dekat, sila layari https://ugc.uitm.edu.my/
Carta Organisasi UiTM Green Centre
Melihat carta organisasi UiTM Green Centre