Mengenai SejarahTransformasiPPII

This image for Image Layouts addon

Penolong Naib Canselor (Pembangunan)
PROF. TS. SR. DR. MD YUSOF HAMID

Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 12/2015 pada 22 Disember 2015 dan selari dengan Transformasi Universiti, maka mulai pada 1 Januari 2016 Pejabat Pembangunan dan Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech) telah digabungkan dengan nama Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII).
Sejarah PPII
Sejarah Pejabat Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula dengan penubuhan dua bahagian iaitu Bahagian Bangunan & Kawasan dan Unit Projek & Pembangunan pada tahun 1972. Pada tahun 1982, kedua-dua bahagian ini telah bergabung menjadi Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

Pada tahun 1995 Bahagian Pembangunan beroperasi secara berasingan dengan Pejabat Penyelenggaraan. Pada tahun 1996, Unit Kontrak dan Ukur Bahan telah ditubuhkan secara rasminya beroperasi pada tahun 1998. Pada tahun 2000, Unit Pengurusan Harta pula ditubuhkan.

Bagi memantapkan lagi Bahagian Pembangunan dalam menangani isu-isu perancangan pembangunan dan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan, Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM dalam mesyuaratnya yang ke empat telah bersetuju supaya nama Bahagian Pembangunan ditukarkan ke Pejabat Pembangunan.

Pejabat Pembangunan sebelum ini terdiri daripada enam (6) bahagian iaitu:-
  1. Bahagian Pengurusan Projek (BPP);
  2. Bahagian Pengurusan Kontrak dan Kawalan Kos (BPKKK);
  3. Bahagian Perancangan Hartanah (BPH);
  4. Bahagian Projek PFI (BPPFI);
  5. Bahagian Pengurusan Kualiti & Sumber Maklumat (BPKSM); dan
  6. Bahagian Pentadbiran (BPTA).
Manakala Pusat Komputer wujud di UiTM (pada masa itu masih dikenali sebagai ITM) semenjak 1970 sebagai menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di Kajian Sains Matematik dan Komputer. Perkhidmatan IT kemudiannya diperluaskan ke seluruh universiti dengan pengautomasian beberapa proses utama universiti seperti proses pemarkahan pelajar dan proses pembayaran gaji.

Awal 1990-an menyaksikan evolusi Pusat Komputer  kepada Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB). Pembangunan sistem-sistem utama UiTM bermula dengan wujudnya Sistem Maklumat Sumber Manusia (STARS) dan Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), diikuti dengan Sistem Maklumat Pelajar dan lain-lain lagi. Perkakasan komputer diperbaharui mengikut kemajuan semasa dan rangkaian komputer yang menghubungkan antara kampus-kampus UiTM dan ke internet mula terjalin.

Pada tahun 2011, penstrukturan semula PSMB dilaksanakan dan PSMB ditukar nama kepada Pejabat Teknologi Maklumat. Dari struktur yang mendatar, carta Pejabat Teknologi Maklumat lebih berstruktur kepada jabatan-jabatan berikut:
  1. Jabatan Infrastruktur & Keselamatan IT
  2. Jabatan Pembangunan Sistem
  3. Jabatan Pengurusan Aplikasi
  4. Jabatan Perkhidmatan IT
Perkhidmatan yang diberikan berbentuk berpusat kepada seluruh kampus-kampus UiTM satu Malaysia.

 

 Struktur Tadbir Urus PPII

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my