Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Mengenali Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur
Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP), Pejabat Pengurusan Fasiliti ditubuhkan pada tahun 2007-2014. Bertanggungjawab di dalam pengurusan aspek-aspek Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) di UiTM Shah Alam selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 1994 (Akta514) bagi memastikan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan warga UiTM berada di tahap optima memandangkan mereka merupakan aset penting dalam aktiviti perkhidmatan, pengajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA. Sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta KKP 1994 (Akta 514), pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan Undang-undang berkaitan keselamatan dan perlindungan juga merujuk kepada keselamatan dan kesihatan tempat kerja di UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus Cawangan. Pelbagai aktiviti berjaya dijalankan seperti pemeriksaan KKP tempat kerja, Seminar KKP peringkat IPTA, Pelan Tindakan Kecemasan UiTM pada tahun 2008 dan Jawantakuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHCo, UiTM).

Seiring dengan transformasi UiTM dan tadbir urus yang baharu. Pejabat Pembangunan UiTM, Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM dan Pejabat Infostruktur UiTM telah digabungkan pada Ogos 2015 dan bertukar nama kepada Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur UiTM. Justeru itu, Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM telah berpecah kepada dua (2) iaitu;-
  1. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) yang menguruskan hal-hal berkaitan operasi KKP dan diletakkan di bawah Pengarah Bahagian Fasiliti, Jabatan Pengurusan Infrastruktur yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor (PNC), Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM.
  1. Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Seskyen KKP) diletakkan di bawah Pengarah Unit Pengurusan Risiko (UPR) yang berhubung terus dengan oleh Naib Canselor UiTM. Seksyen KKP ini menguruskan hal-hal berkaitan dasar KKP seperti penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Universiti (JiPBU).
Pada Mesyuarat Eksekutif Universiti (MEU) Bil.31/2018 telah meluluskan struktur Tadbir urus Pejabat TNC (Pembangunan) yang baharu. Manakala MEU Bil.1/ 2019 juga telah meluluskan struktur Tadbir urus  TNC (Penyelidikan & Inovasi) yang baharu di mana kelulusan MEU ini secara rasmi telah mengesahkan alih fungsi serta penyelarasan fungsi pengoperasian Unit Pengurusan Risiko sekali dengan Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan daripada TNC (P&I) kepada TNC (Pembangunan).
 
Namun, perubahan struktur tadbir  urus telah berlaku sekali lagi yang melibatkan beberapa Bahagian/ Jabatan/ Unit di UiTM bagi memberi fokus dan kesediaan untuk bergerak ke hadapan. Sehubungan itu, Pekeling Naib Canselor Bil.6/2019 bertarikh 25 Julai 2019 telah meluluskan Unit Pengurusan Risiko diletakkan di bawah Naib Canselor. Manakal, Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berada di bawahnya dikeluarkan dan  diberi nama baharu iaitu Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP UiTM) yang diketuai oleh Pengarah serta berfungsi menguruskan aspek-aspek OSH, Bencana dan Perlindungan dan terus kekal berada di bawah TNC (Pembangunan).
 
Pada Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur tahun 2020 telah meluluskan pergabungan antara Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Bahagian Fasiliti, Jabatan Pengurusan Infrastruktur, PPII  bersama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPII dan kekal dengan nama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPII. Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPII.juga kekal diletakkan di bawah TNC (Pembangunan). BKKP.
 
Sehubungan dengan perubahan ini serta kelulusan MEU, jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan KKP dan pengurusan bencana yang sebelum ini diuruskan oleh Seksyen KKP, UPR secara automatis ditukar nama kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti (JiPKKPU) dan dipengerusikan oleh  Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  1. Menggubal dasar, polisi serta garis panduan dalam merancang dan mengurus hal-hal berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pengurusan bencana diperingkat UiTM,
  2. Menyelaras dan mengawal selia hal-hal berkaitan aspek pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran tempat kerja, selaras dengan panduan dan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (AKKP/OSHA Akta 514), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS /EQA 174) dan akta-akta lain yang berkaitan,
  3. Menyelaras aktiviti latihan bagi pemantapan dan pengukuhan amalan penjagaan keselamatan di setiap PTJ serta program peningkatan kompetensi ahli jawatankuasa dan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT),
  4. Merancang dan menjalankan pemeriksaan KKP ke atas Persekitaran kerja, premis, tapak projek atau tapak bina secara berkala, yang boleh menghindar dan melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja
  5. Menyediakan laporan-laporan berkaitan KKP serta kejadian Bencana Universiti dengan melaporkan dan menjalankan penyiasatan ke atas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan / penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja bagi tujuan penambahbaikan.
  6. Menerima, Merekod, Menyemak, Menganalpasti dan memantau Aduan yang diterima di talian telefon 4444 dan sistem E-Aduan Fasiliti untuk penyediaan laporan bulanan kepada Pengurusan bagi tujuan Analisa data.
  7. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan audit pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Pengurusan Bencana serta operasi KKP di peringkat Universiti,
  8. Melaksanakan penaksiran Kualiti Udara Dalaman berdasarkan Kod Tata Amalan Industri (2010),
  9. Melaksanakan penaksiran Bahan Kimia Berbahaya dan Kawalan Kejuruteraan berdasarkan Penggunaan dan Standard Bahan Kimia berbahaya kepada kesihatan 2000 (USECHH 2000),
  10. Melaksanakan khidmat pakar perundingan ‘Industrial Hygiene’ bersama IRMI UiTM untuk agensi – agensi luar
  11. Melaksana penguatkuasaan peraturan KKP mengikut Akta KKP 514 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 di UiTM
  12. Menyelaras aktiviti Pengurusan Bencana Universiti (Lesson learn, kesiapsiagaan warga, penambahbaikan)
  13. Menyelaras jaringan dengan pihak berkuasa tempatan serta pakar rujuk bidang (Bomba, JPAM, ABN, MERCY)
  14. Menyelaras penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan Universiti
  15. Menyelaras penyediaan pelan kesinambungan (Business Contuinity Plan) perkhidmatan Universiti

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan diketuai oleh Ketua Bahagian dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat empat (4) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my