JAWATANKUASA PENILAIAN PROJEK DAN TEKNIKAL ICT & ELEKTRONIK NEGERI (JITEN)

Fungsi dan Bidang Kuasa JITEN

  1. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan/ Kampus Negeri mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
    1. ICT
    2. Alat Pandang Dengar
    3. Peralatan Elektronik Pejabat
    4. Peralatan Telekomunikasi
  2. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan berdasarkan skop bidang mengikut had nilai perolehan iaitu sehingga RM500,000.
  3. Mencadangkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
  4. Mengenalpasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan arah tuju serta strategi ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
  5. Menyelaras pelaksanaan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
  6. Mengetuai dan memantau perkembangan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan.
  7. Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti dinyatakan.
  8. Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut skop bidang untuk had nilai kelulusan sehingga RM500,000 seperti berikut:
    1. Meluluskan spesifikasi
    2. Mengesyorkan analisa teknikal
    3. Mengesahkan ujilari
    4. Mengesyorkan pertukaran model
    5. Mengesyorkan penggantian peralatan yang hilang
  9. Menyediakan laporan kepada JPPIT mengikut keperluan.

Had Kuasa JITEN: Perolehan melibatkan UiTM Cawangan

   Sehingga RM50K  Melebihi RM50K
sehingga RM500K
Melebihi 
RM500K 

Kelulusan Perolehan ICT

  • ICT
  • Alat Pandang Dengar
  • Peralatan Telekomunikasi Pejabat
  • Peralatan Telekomunikasi
JITEN JITEN JPPIT
Kelulusan Spesifikasi JITEN JITEN JITE 
Pengesyoran Analisa Teknikal JITEN JITEN JITE 
Pengesahan Ujilari JITEN JITEN JITE
Pengesyoran Pertukaran Model JITEN JITEN JITE

  • Kos perolehan sehingga RM500,000 perlu dimajukan kepada JITEN untuk kelulusan perolehan dan penilaian teknikal.
  • Setiap UiTM Cawangan mempunyai JITEN masing-masing yang bertanggungjawab dalam menilai perolehan melibatkan ICT, alat pandang dengar, peralatan elektronik pejabat dan telekomunikasi.

Senarai Peralatan dan Perkhidmatan di bawah Penilaian Teknikal JITEN

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my