Latar Belakang Jabatan Infostruktur


Pusat Komputer wujud di UiTM (pada masa itu masih dikenali sebagai ITM) semenjak 1970 sebagai menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di Kajian Sains Matematik dan Komputer. Perkhidmatan IT kemudiannya diperluaskan ke seluruh universiti dengan pengautomasian beberapa proses utama universiti seperti proses pemarkahan pelajar dan proses pembayaran gaji.

Awal 1990-an menyaksikan evolusi Pusat Komputer kepada Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB). Pembangunan sistem-sistem utama UiTM bermula dengan wujudnya Sistem Maklumat Sumber Manusia (STARS) dan Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), diikuti dengan Sistem Maklumat Pelajar dan lain-lain lagi. Perkakasan komputer diperbaharui mengikut kemajuan semasa dan rangkaian komputer yang menghubungkan antara kampus-kampus UiTM dan ke internet mula terjalin.

Pada tahun 2011, penstrukturan semula PSMB dilaksanakan dan PSMB ditukar nama kepada Pejabat Teknologi Maklumat. Dari struktur yang mendatar, carta Pejabat Teknologi Maklumat lebih berstruktur kepada jabatan-jabatan berikut:

•    Jabatan Infrastruktur & Keselamatan IT
•    Jabatan Pembangunan Sistem
•    Jabatan Pengurusan Aplikasi
•    Jabatan Perkhidmatan IT

Perkhidmatan yang diberikan berbentuk berpusat kepada seluruh kampus-kampus UiTM satu Malaysia.

Dengan Transformasi Universiti yang dijalankan, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 12/2015 pada 22 Disember 2015 telah memutuskan bahawa, mulai 1 Januari 2016 Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech) digabungkan dengan Pejabat Pembangunan di bawah nama Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII), dan diketuai oleh seorang Penolong Naib Canselor (Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur).

Sehubungan dengan itu, struktur tadbir urus PPII telah dikemaskini dan Pejabat Teknologi Maklumat dikenali dengan nama Jabatan Infostruktur dan terbahagi kepada jabatan-jabatan berikut:

•    Jabatan Dasar & Strategik ICT
•    Jabatan Infrastruktur ICT
•    Jabatan Sistem Maklumat
•    Jabatan Operasi ICT
•    Jabatan Pengurusan Projek ICT

Mesyuarat MEU bil 15/2019 pada 3 Julai 2019 telah meluluskan perubahan struktur melibatkan pertukaran dan pengwujudan beberapa jabatan/bahagian/unit. Pekeliling Naib Canselor Bil 06 Tahun 2019 bertarikh 25 Julai 2019 telah memaklumkan mengenai penstrukturan jabatan/bahagian /unit di bawah seliaan Pejabat Naib Canselor dan Pejabat Timbalan-Timbalan Naib Canselor UiTM. Sehubungan dengan transformasi ini, struktur tadbir urus PPII di bawah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mengalami perubahan peneraju dan nama jabatan/bahagian. Struktur tadbir urus Jabatan Infostruktur terkini adalah seperti berikut:

Jabatan Infostruktur (Diketuai oleh PNC (Infostruktur)
•    Bahagian Dasar & Perancangan Strategik ICT
•    Bahagian Keselamatan ICT

Pengurusan ICT (Diketuai oleh Pengarah)
•    Bahagian Infrastruktur ICT
•    Bahagian Sistem Maklumat
•    Bahagian Operasi ICT
•    Bahagian Pengurusan Projek ICT

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my