Pengenalan Bahagian Sistem Maklumat

Mengenali Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Infostruktur

Selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi yang berdaya saing bagi mencapai status universiti tersohor, keperluan pengautomasi proses kerja yang efisien dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan universiti merupakan satu keperluan. Justeru, pihak Infostruktur khususnya Bahagian Sistem Maklumat (BSM) diberi tanggungjawab untuk menyediakan platform pengautomasian proses kerja dengan membangunkan sistem dan aplikasi universiti secara holistik bagi warga universiti dan pihak-pihak yang berkepentingan. Sebagai penyedia perkhidmatan pembangunan sistem, BSM juga bertanggungjawab untuk menyelenggara sistem dan aplikasi bagi tujuan penambahbaikan serta pengurusan pangkalan data dalam memastikan kelancaran operasi universiti. Berikut adalah fungsi dan peranan utama BSM :-

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Sistem Maklumat

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Sistem Maklumat

Bahagian Sistem Maklumat (BSM) diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dengan kekuatan tenaga kerja seramai 52 orang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat empat (4) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my