Pengenalan Bahagian Pengurusan Projek ICT

Mengenali Bahagian Pengurusan Projek ICT di Jabatan Infostruktur

Bahagian Pengurusan Projek ICT (BPPICT) mempunyai 3 peranan utama dalam menyokong pengurusan Jabatan Infostruktur, PPII. BPPICT bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Projek ICT atau ICT Project Management Office (PMO) bagi membantu Pengurus Projek dalam urusan mentadbir projek ICT universiti. BPPICT juga berperanan sebagai pentadbir kontrak ICT universiti yang bernilai melebihi RM500,000 sehingga RM10 juta dan memantau kontrak ICT di bawah seliaan Jabatan Infostruktur. Selain daripada itu, BPPICT juga adalah selaku sekretariat Jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik (JITE) di peringkat universiti.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Pengurusan Projek ICT
  • Mengurus, menyelaras dan memantau projek ICT
  • Mengurus, mentadbir dan memantau kontrak ICT
  • Menjalankan tugas Sekretariat jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik (JITE)
  • Mengkaji dan membuat penilaian teknikal produk ICT terkini serta membuat pengesyoran

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Pengurusan Projek ICT

Bahagian Pengurusan Projek ICT diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my