Pengenalan Bahagian Pengurusan Kontrak & Bajet

Mengenali Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bajet di Jabatan Infrastruktur

Merupakan satu Bahagian di bawah Jabatan Infrastruktur yang memberikan perkhidmatan kepakaran ukur bahan dalam pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak dan pengurusan bajet berpandukan kepada dasar perolehan UiTM serta dasar perolehan kerajaan.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Pengurusan Kontrak & Bajet
  • Sekretariat Jawatankuasa Pentadbiran Projek (JPeP)
  • Sekretariat Jawatankuasa Bajet dan Prasarana
  • Jawatankuasa Tindakan Pembangunan
Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bajet adalah seperti berikut :-
  • Mengurus pentadbiran kontrak kerja dan perkhidmatan
  • Memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan dalam pengurusan perolehan.
  • Melaksana dan memantau tatacara dan panduan yang terbaik berkaitan perolehan dan pengurusan kontrak kerja dan perkhidmatan selaras dengan peraturan UiTM serta dasar kerajaan.
  • Memberi perkhidmatan maklumat kos pembinaan dan penyelenggaraan untuk projek-projek UiTM.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan perolehan dan kontrak kerja dan perkhidmatankepada uitm cawangan.
  • Mengurus, mengemaskini dan memantau maklumat kontrak kerja dan perkhidmatan di dalam sistem eKontrak.
  • Pelaksanaan projek cawangan untuk kontrak kerja dan perkhidmatan mengikut had nilai yang ditetapkan oleh universiti.
  • Urusetia jawatankuasa JPeP yang berkaitan. (Arahan Perubahan Kerja/Lanjutan Masa/ Perlantikan perunding/ Projek sakit & CCP, Pelanjutan kontrak / Tambahan Kos Kontrak / Pelarasan Kadar Harga/Penilaian Analisa, etc)
  • Merancang, mengawal, mengemaskini Peruntukan Wang Kumpulan Pembangunan (RMK) dan dalaman
  • Merancang dan menyelaras status kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan dan perolehan peralatan UiTM
  • Merancang dan mengawal sistem pemantauan projek (MYprojek) ICU, JPM
  • Penyelarasan dan pemantauan bajet pembangunan
 

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Pengurusan Kontrak & Bajet

Bahagian Pengurusan Kontrak & Bajet diketuai oleh ketua bahagian dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat tiga (3) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my