Pengenalan Bahagian Pembangunan Infrastruktur

Mengenali Bahagian Pembangunan Infrastruktur di Jabatan Infrastruktur

Selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi yang berdaya saing bagi mencapai status universiti tersohor, keperluan ruang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dapat menampung kemajuan teknologi merupakan satu keperluan. Justeru, pihak Infrastruktur khususnya Bahagian Pembangunan Infrastruktur diberi tanggungjawab untuk menyediakan keperluan ruang yang sesuai dan kondusif untuk memastikan keperluan pembelajaran sentiasa ditahap optimum. Bahagian Pembangunan Infrastruktur bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan baharu, mengubahsuai, menaiktaraf dan membuat penyelenggaraan berjadual dalam memastikan kelancaran operasi universiti selaras dengan status Universiti tersohor.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Pembangunan Infrastruktur
  • Menyediakan garis panduan dasar pembangunan fizikal dan penguatkuasaan.
  • Pengurusan Projek bagi projek pembangunan UiTM.
  • Khidmat nasihat pakar (teknikal dan dasar) kepada kampus-kampus cawangan.
Aktiviti utama Jabatan Projek Pembangunan dan Fasiliti adalah seperti berikut :-
  • Perancangan Pembangunan
  • Pelantikan Perunding
  • Rekabentuk
  • Pelantikan Kontraktor
  • Pembinaan, Penyeliaan tapak
  • Serah Milik Bangunan, Tempoh Tanggungan Kecacatan sehingga Penutupan Akaun
  • Pengurusan Projek Berisiko

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Pembangunan Infrastruktur

Bahagian Pembangunan Infrastruktur diketuai oleh Timbalan Ketua Arkitek dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my