Pengenalan Bahagian Keselamatan ICT

Mengenali Bahagian Keselamatan ICT di Jabatan Infostruktur

Selaras dengan perkembangan semasa dan aspirasi universiti untuk menjadi universiti yang tersohor, keselamatan perkhidmatan teknologi maklumat perlu dikawalselia bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Bahagian Keselamatan ICT, Jabatan Infostruktur bertanggungjawab mengawalselia keselamatan ICT universiti daripada ancaman seperti ancaman malware dan aktiviti penggodaman. Skop kawalselia keselamatan ICT meliputi infrastruktur IT, rangkaian dan aplikasi web. Selain itu juga, Bahagian Keselamatan ICT memberi khidmat nasihat dan memberikan kesedaran kepada warga UiTM mengenai keselamatan ICT

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Keselamatan ICT
  • Mengkaji dan menilai bagi dasar-dasar UiTM berkaitan dengan isu keselamatan ICT.
  • Menyelaras aktiviti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat mengikut kehendak ISMS ISO / IEC 27001:2013 untuk UiTM.
  • Menjalankan pemantauan keselamatan ICT yang meliputi rangkaian, pelayan dan aplikasi.
  • Mengendalikan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan menyediakan cadangan tindakan pembetulan untuk meningkatkan keselamatan infrastruktur ICT;
  • Melaksanakan forensik insiden keselamatan ICT.
  • Mengkaji dan menilai teknologi keselamatan yang bersesuaian bagi sistem aplikasi dan perkakasan ICT yang diguna pakai oleh universiti.
  • Menguruskan aduan pengguna yang berkaitan perkhidmatan keselamatan ICT.
  • Menjalankan operasi perkhidmatan keselamatan ICT universiti.

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Keselamatan ICT

Bahagian Keselamatan ICT diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my