Pengenalan Bahagian Infrastruktur ICT

Mengenali Bahagian Infrastruktur ICT di Jabatan Infostruktur

Bahagian Infrastruktur ICT adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam penyediaan infrastruktur (Infra) ICT bagi membolehkan semua perkhidmatan ICT berfungsi dengan baik. Infrastruktur ICT di UiTM terdiri daripada infra Rangkaian yang menyediakan kemudahan Internet/Intranet universiti dan juga infra Pusat Data yang menyediakan kemudahan penyimpanan sistem aplikasi universiti. Selain penyediaan infrastruktur ICT, pihak kami juga melaksanakan operasi dan penyelenggaraan ke atas infra yang disediakan

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Infrastruktur ICT
  • Merancang, Mengurus, Menyelaras, Khidmat Nasihat Dan Menyelenggara Sistem Rangkaian Universiti.
  • Merancang, Mengurus, Khidmat Nasihat Dan Menyelenggara Pusat Data Universiti.
  • Merancang, Mengurus, Khidmat Nasihat Dan Menyelenggara Pusat Pemulihan Bencana Universiti.
  • Melaksana Operasi Sokongan Teknikal Untuk Rangkaian (Tahap Dua), Pusat Data Universiti Dan Pusat Pemulihan Bencana Universiti.

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Infrastruktur ICT

Bahagian Infrastruktur ICT diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my