Bahagian Dasar & Strategik ICT

Mengenali Bahagian Dasar & Strategik ICT di Jabatan Infostruktur

Tadbir urus, standard dan polisi serta pengurusan strategi adalah tiga (3) daripada enam (6) teras strategik utama dalam ekosistem ICT di peringkat global. Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, perkhidmatan ICT merupakan komponen penting dalam memastikan sistem penyampaian universiti sentiasa kekal relevan. Transformasi digital, cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan isu dalam mendepani pandemik covid-19 memaksa semua warga mengubah corak kerja seharian mereka dengan menggunakan teknologi dalam persekitaran norma baharu. Sejajar dengan keperluan ekosistem ICT semasa, Bahagian Dasar & Strategik ICT bertanggungjawab untuk memastikan tadbir urus dan perancangan strategik ICT selari dengan objektif dan pelan perancangan strategik universiti. Bahagian Dasar & Strategik ICT juga bertanggungjawab untuk memastikan dasar ICT dipatuhi oleh setiap warga dan pengurusan risiko ICT juga dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan ICT memberi impak yang lebih signifikan ke arah kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan universiti.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Dasar & Strategik ICT
  • Memacu perancangan strategik ICT sejajar dengan perancangan strategik universiti
  • Menyelaras dan menyeragam pelaksanaan program ICT
  • Memantau dan menilai prestasi perkhidmatan ICT universiti
  • Merangka dan menggubal dasar, standard dan amalan terbaik ICT
  • Mengukuh governan ICT Universiti
  • Melaksanakan audit pematuhan kepada dasar ICT
  • Mengurus dan menyelaras pengurusan risiko ICT Universiti.

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Dasar & Strategik ICT

Bahagian Dasar & Strategik ICT diketuai oleh Ketua Bahagian dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my