Pengenalan Bahagian Dasar dan Operasi PFI

Mengenali Bahagian Dasar dan Operasi PFI di Jabatan Infrastruktur

Sejarah Bahagian Dasar dan Operasi PFI bermula dengan penubuhan kampus PFI (Private Fund Initiative). Pada tahun 2005, UiTM telah disarankan untuk meningkatkan enrolmen pelajar kepada 200,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun akan datang dan untuk memastikan perancangan dapat direalisasikan, model BLMT diperkenalkan. Model BLMT (PFI) merupakan Model PFI United Kingdom iaitu Syarikat Konsesi yang akan membangunkan projek menggunakan sumber dana kewangan daripada initiatif pembiayaan syarikat terlebih dahulu dan hanya dibayar selepas projek siap sepenuhnya iaitu pihak UiTM akan mengeluarkan Certificate of Acceptance (COA). Bagi menangani isu-isu perancangan pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan serta operasi Kampus PFI maka BDOPFI ditubuhkan pada September 2016.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Dasar dan Operasi PFI
  • Penentuan tadbir urus Bahagian Pengurusan Fasiliti Kampus PFI negeri.
  • Penetapan dan pemantuan pelaksanaan dasar operasi pengurusan fasiliti (*SOP, Garispanduan dan Format standard).
  • Penyeragaman kawalan pemantauan prestasi konsesi selaras dengan perjanjian konsesi.
  • Semakan semula kadar harga dan penambahbaikan.
  • Menyelaras Pembayaran Availabity Charges.
  • Menyelaras dan mengurus kerjasama dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Agensi Pusat dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan perjanjian konsesi.

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Dasar dan Operasi PFI

Bahagian Dasar dan Operasi PFI diketuai oleh Ketua Timbalan Pengarah dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat enam (6) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my