This image for Image Layouts addon

Sejarah Penubuhan

Pada tahun 2000 Unit Pengurusan Harta Dan Operasi telah ditubuhkan. Tujuan asal penubuhan adalah untuk membantu Perancangan Strategik Pembangunan UiTM. Unit ini mengambil alih urusan-urusan tanah yang dikendalikan oleh Pusat Perancangan Strategik dan Pihak Bendahari untuk dikendalikan secara sepusat. Fungsi unit ini berkembang lagi dengan menguruskan hal-hal ruang perniagaan UiTM. Di atas saranan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, hal ruang akademik juga diserahkan kepada unit ini.

Pada Tahun 2007 unit ini telah dijadikan Bahagian Perancangan Hartanah Dan Kawalan Pembangunan. Fungsi operasi telah dipindahkan ke Pejabat Fasiliti. Pada tahun 2010, bahagian ini sekali lagi mengalami perubahan dengan dinamakan sebagai Bahagian Pengurusan Hartanah. Fungsi Kawalan Pembangunan telah diserapkan kepada bahagian-bahagian lain yang terdapat di Pejabat Pembangunan.

Tahun 2015, Bahagian dinamakan sebagai Bahagian Pengurusan Hartanah dan Pelaburan selaras dengan fungsi baru untuk membantu UiTM menjana pendapatan daripada hartanah milik universiti. Pada tahun 2017, pemurnian bahagian telah dilakukan dengan mewujudkan jawatan Pengarah Hartanah dan BPHP telah diletakkan di bawah Tadbir Urus Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Seterusnya Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 30/2018 pada 12 Disember 2018 telah membuat keputusan penstrukturan semula Tadbir Urus BPHP di bawah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Terkini melalui Pekeliling Naib Canselor Bil 06 Tahun 2019 bahagian ini telah dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pengurusan & Pelaburan Hartanah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019.

Pengarah Hartanahxxxxxx@uitm.edu.my
Sr Mohd Zulhilmi Salleh
Timb. Pengarah HartanahSr Mohd Zulhilmi Sallehmzulhilmi@uitm.edu.my
Visi & Misi
Visi

Menyokong dan berkhidmat selari dengan Pelan Strategik dan matlamat Universiti dengan mengoptimumkan penggunaan dan nilai aset harta tanah.

Misi

Berusaha untuk memberikan penyelesaian secara  inovatif dan kos efektif dengan menggunakan amalan terbaik dalam perkhidmatan, pembangunan, dan pengurusan hartanah

Struktur Jabatan Pengurusan dan Pelaburan Hartanah

Struktur Jabatan Pengurusan dan Pelaburan Hartanah ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian di bawahnya iaitu :-

FUNGSI KAMI

Seksyen Perolehan Hartanah
  • Permohonan Berimilikan
  • Pengambilan Balik Tanah
  • Pembelian
  • Pajakan
  • Penyewaan
  • Permohonan sambungan pajakan/sewa

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pengurusan & Pelaburan Hartanah,
Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

  •  +603-5544 3256 Helpdesk

  •  +603-5521

  •   admin@ppii.uitm.edu.my

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 4444 (Helpdesk Infrastruktur)

  • dummy+603-5544 2203 (Helpdesk Infostruktur)

  • dummy+603-5521 1122

  • dummy ppii@uitm.edu.my