Untuk makluman, geran perkakasan ICT telah dipraktikkan kepada kumpulan Pengurusan & Profesional (gred 41 dan ke atas) di UiTM semenjak Februari 2014.
Proses permohonan geran ini perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua PTJ dengan membeli perkakasan notebook atau tablet sahaja untuk penggunaan selama lima (5) tahun. TIADA komputer sewaan akan disediakan setelah pembelian dibuat oleh pemohon (staf UiTM).
Sebelum peluasan kemudahan geran ini dipanjangkan kepada staf pelaksana (gred 1-40) di UiTM, pihak Jabatan Infostruktur memohon jasa baik semua staf pelaksana UiTM untuk memberikan maklumbalas ini sebelum 7 April 2023.
Disertakan link maklumbalas tersebut: https://forms.gle/PGze3mKEW2aG7Vvq9
Sebarang pertanyaan sila emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pengurusan Komputer Sewa & Geran Perkakasan ICT
Jabatan Infostruktur, UiTM Shah Alam